1. Bertandang ke rumah saudara-mara
Selain dari menyantuni mereka yang lebih tua, lawatan ni macam practice untuk recall balik family tree sebab masa kenduri kita tu ramai sangat datang sekali gus, tak sempat nak ingat bapak sedara belah mak ke, ayah ke, sepupu ke, anak sedara ke.
2. Dating berdua
Lepas tu baru la korang pegi amik masa berdua luar bilik. Yang terbaik untuk saling mengenali, bawaklah ke tempat yang meaningful, macam hutan lipur yang selalu pergi masa bujang dulu dengan keluarga ke, spot panorama favourite ke, ataupun kedai makanan favourite korang.
3. Personalised item
Buat something yang hanya korang berdua sahaja yang punya. Contohnya cop nama untuk tanda buku-buku yang sekarang dah jadi milik berdua, ataupun bertukar jersi. Kenapa? Sebab waktu sekaranglah korang ada masa nak fikir dan buat benda-benda macam ni. Nanti bila dah mode masuk kerja balik, dah hilang atau surut rasa nak buat benda-benda macam ni. Dan items ni akan jadi kenangan manis, sebab korang sahaja yang share.
4. Beraktiviti bersama ibu ayah dan keluarga
Macam orang selalu sebut, perkahwinan tu bukan antara dua orang sahaja, tapi dua buah keluarga. Jadi sepatutnya, dengan perkahwinan itu, hubungan kita dengan keluarga kita bertambah baik, bukan semakin renggang. Dengan berkahwinnya kita, kita dah tambah at least satu persamaan dengan mak ayah kita dan ahli keluarga kita yang dah berkahwin. Ha, situ dah boleh jadi point sembang. Contoh aktiviti kita ajak sekeluarga pergi tempat yang dulu-dulu pernah pergi, macam tempat percutian, kedai makan kegemaran satu keluarga atau pergi majlis ilmu ramai-ramai.
Sebaiknya selalulah keep in touch dengan keluarga dua-dua belah pihak. Bukan waktu nak balik kampung saja call. Kalau dekat, lawatlah selalu walaupun singgah sebentar hantar kuih-muih. Kalau jauh susun sesi skype atau call secara berkala, macam seminggu sekali ke.
5. Rancang masa depan secara ringkas
Masa taaruf dulu mungkin korang dah dapat overview hala tuju masing-masing. Tapi lepas kahwin, eloklah duduk dan susun pelan yang selari, dan masa depan keluarga baru korang secara ringkas. Kali ni topik jadi lebih luas dan personal. Contohnya perjalanan study, bila nak ada anak, pelan simpanan wang dan milestones 6 bulan, setahun, 2 tahun... Dan MA pun penting jugak untuk diselarikan. =D
Selamat pengantin baru! Moga yang dibina adalah baitul dakwah yang barakah sentiasa.