Patutnya naikkan entri semalam, tapi terlalu teruja dengan hujung minggu lepas minggu pertama kerja, tak ada apa pun yang terkarang. -_-"
Pada hari Isnin yang lalu, saya putuskan untuk mulakan dengan tema kesyukuran sebab tagline utama saya, "Syukur itu kata kerja". Kenapa syukur tu kata kerja? Ha.. Dulu-dulu (dan sekarang juga) selalu rasa sangat bertuah ada mak ayah yang menjaga agama anak-anak, tak pernah berkira untuk hal-hal pendidikan, mak yang sangat caring, adik-beradik tak ada gaduh-gaduh.. Bila dah berkahwin pula dapat suami yang bukan saja sebijik yang diimpikan, malah lebih baik. Penyabar yang teramat, ibu ayah mertua yang baik, keluarga tak ada dengki-dengki macam dalam drama melayu. Pernah saya bagitahu kawan, apalah amal saya sampai saya diberi nikmat-nikmat macam ni.
Kawan saya balas, sebenarnya Allah tak kurniakan kita nikmat-nikmat ni sebagai balasan amalan kita. Sebabnya, Allah dah janji akan balas semua tu di akhirat nanti. Jadi kenapa Allah bagi semua ni?
Kalau dalam Spiderman, tagline dia great power comes with great responsibilities. Dalam Surah Quraisy pula, Allah sebutkan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan khusus untuk bani Quraisy di Makkah, iaitu sentiasa selamat bila dalam perjalanan untuk berniaga dan tak pernah diorang kelaparan walaupun tak ada pertanian di Makkah yang kering tanahnya. Kemudian Allah minta diorang untuk menghambakan diri kepada Tuhan pemilik Ka'abah. Jadi syukur itu kata kerja maksudnya untuk menjadi orang yang bersyukur, kita kena manfaatkan nikmat-nikmat yang Allah amanahkan kepada kita, untuk menjadi hamba yang sentiasa bermanfaat, untuk diri sendiri, dan orang lain. Sentiasa ada output, sentiasa memberi. Syukur itu tak terhad kepada mengulang lafaz Alhamdulillah sahaja.
Okay, balik kepada topik asal. Saya tetapkan untuk menulis ala-ala gratitude journal. Saya pilih sehari satu tema dan saya senaraikan :
- apa yang saya suka tentang perkara tersebut
- apa yang saya boleh buat untuk menghargai nikmat tersebut.
Salah satu tema dalam minggu ini adalah rumah saya.
- Perkara yang saya suka tentang rumah saya:
- Encik Suami tinggal sekali (untuk yang PJJ, I feel you sisturs!)
- walaupun kecil (13 meter quadrat), semuanya bersaiz selesa
- tak ada bucu-bucu yang buat tersadung
- lantai parquet, jadi senang nampak benda-benda yang boleh vacuum
- Pemandangan dari tingkap menghijau, sejuk je mata memandang
- tak perlu tirai sebab menghadap pokok-pokok
- berhampiran dengan masjid Turki, kedai yang ada ayam halal dan stesen kereta api
- ruang yang ada muat dan selesa untuk solat jemaah berdua
- senang nak dibersihkan (sebab kecil dan tak banyak perabut)
- Perkara yang boleh saya buat untuk mensyukuri nikmat rumah ni:
- Sentiasa pastikan rumah seboleh mungkin kemas dan bersih sepaya selesa beribadah dan Allah pun sukakan yang cantih dan bersih
- Tidak membazir dalam perbelanjaan dengan membeli barangan yang tak diperlukan
![]() |
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." Mural di dinding ruang solat wanita di masjid berdekatan rumah. |
Apa yang saya dapat dalam 5 hari ini?
Saya pilih tema berdasarkan perkara yang saya terdetik untuk merungut. Lepas tu saya fikirkan apa kebaikan yang sebenarnya lebih banyak daripada kekurangan perkara tersebut. Dalam 5 hari ni, saya rasa lebih tenang dan kurang merungut. Setiap kali nak mengomel, rasa tak berbaloi pula. Bahagian yang paling susah tu adalah yang untuk duduk dan menulis, sebab kalau tak menulis waktu sarapan sebelum ke kerja, memang susah dah nak karang balik kemudian. Sibuk nak masak la, nak recap cerita dari jalan pergi kerja sampai turun bas balik dekat Encik Suami la...
Kesimpulannya, ia adalah salah satu latihan yang baik untuk jadikan kita lebih conscious dengan nikmat yang kita dapat. Bolehlah nak dicuba dan disesuaikan dengan keselesaan masing-masing.
![]() |
Rumah-rumah di Fischerviertel, Ulm. Beberapa minit berjalan kaki dari rumah saya. Tak dapat tinggal dalam rumah macam ni, berjiran pun dah ok. |
Liebe Grüße,
Khadijah
No comments:
Post a Comment