Belakangan ni, terkenal juga isu pendidikan percuma peringkat tinggi di Jerman di Malaysia. Jadi ramai yang berminat untuk sambung belajar di sini. Setelah dah lulus urusan aplikasi dan visa, akhirnya ramai yang dah tiba di Jerman bersedia untuk memulakan fasa hidup baru.
Saya nak kongsi sedikit tentang penginapan untuk permulaan study di sini.
1. Studentenwohnheim (Asrama pelajar)
Seperti di Malaysia, universiti di sini juga menyediakan asrama untuk para pelajar. Cuma konsepnya sedikit berbeza. Di Jerman, asrama pelajar diuruskan Studentenwerk (Student union / service) bandar tersebut. Contohnya di sebuah bandar bernama Augsburg ada sebuah universiti (Universität), sebuah universiti sains aplikasi (Fachhochschule) dan sebuah kolej musik (Musikschule). Semua penginapan asrama pelajar dari institusi-institusi ini akan dikendalikan oleh Studentenwerk Augsburg.
Kawasan-kawasan asrama ini selalunya tidak terletak di kampus universiti, tapi bertaburan di seluruh bandar. Spesifikasi asrama seperti jenis bilik (single apartment, shared unit) dan harga berbeza-beza. Yang pastinya lebih murah daripada menyewa di luar.
Untuk dapat tinggal di asrama, para pelajar perlu membuat permohonan melalui website Studentenwerk tersebut dan hampir semuanya kini mempunyai opsyen bahasa inggeris. Jadi orang malaysia yang ingin menyambung pelajaran di sana boleh membuat urusan tempat tinggal secara online dari malaysia lagi. Jika tidak pasti bagaimana untuk menghubungi Studentenwerk, tanyakan pada pihak yang anda berurusan sewaktu memohon untuk mendaftar sebagai pelajar sebelum itu.
![]() |
Salah satu asrama single apartment yang pernah saya duduki |
Asrama pelajar yang disediakan tidak mampu menampung semua pelajar. Para pelajar yang tidak tinggal di asrama akan memulakan proses mencari rumah sewa secara online di website carian rumah sewa. Antara yang paling terkenal adalah WG-Gesucht. Hanya perlu masukkan nama bandar dan spesifikasi seperti harga dan keadaan rumah.
Proses memilih penyewa tidak berlangsung secara "first come, first served". Tuan rumah akan memberikan tarikh untuk kita melawat rumah terlebih dahulu. Selain daripada kita dapat melihat sendiri keadaan rumah tersebut, tuan rumah itu juga akan menilai kesesuaian kita sebagai penyewa rumahnya. Menjadi adat kebiasaan seorang pelajar akan melalui hingga 10 lawatan sehingga mendapat rumah yang sesuai.
![]() |
Ruang tamu Privatwohnung yang diduduki sekarang |
Di website seperti Wg-Gesucht juga mempunyai option untuk menyewa bilik dalam sesebuah rumah yang disewa bersama dengan pelajar-pelajar lain. Prosesnya sama seperti rumah sewa, cuma kita akan dinilai dan dipilih oleh komuniti flat tersebut. Ada flat yang hanya mahukan perempuan atau lelaki sebagai ahlinya, ada juga yang mahu mempunyai minat yang sama.
Untuk penginapan 2. dan 3., pelajar harus berhati-hati dengan 'scam' seperti tuan rumah tak dapat adakan lawatan sebab berada di luar negara dan akan pos kunci rumah selepas pembayaran dibuat dan sebagainya.
Saya pernah tinggal di WG bersama pelajar-pelajar perempuan Malaysia tetapi tak ada gambar yang sesuai untuk dikongsikan.
Saya berharap info ini dapat membantu serba sedikit buat sesiapa yang akan menyambung pelajaran di sini. Yang pastinya, suasana dan cabaran akan berbeza seperti di tanah air. Sentiasalah bersifat terbuka dengan perbezaan di sini dan sentiasa positif!
Liebe Grüße,
Khadijah
salam, nak tanya. di universiti puan, ada kursus master utk biomedical engineering x?
ReplyDeleteMaster untuk Medical Engineering dan Biotechnology ada.
DeleteSalam, nak tanya. Dulu apply university belajar di jerman guna agent apa ye ? Dan kalo duduk asrama pelajar berapa range cost dia ? Tq in advance
ReplyDeleteWa'alaikummussalam wbt. Saya apply sendiri tanpa agent. Asrama pelajar range ikut bandar. Secara kasar sekitar 250-400 EUR sebulan.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. macam mana awak apply? Dan ade x course accounting?
ReplyDeleteWa'alaikummussalam wbt. Saya apply lepas SPM dari MARA. Ya, ada kursus accounting di sini.
ReplyDeletesaya pelajar sekolah, boleh terangkan tak macam puan apply dari MARA
Deletekalu study kt German bawak family,berape est living cost/month?
ReplyDeletekalu study kt German bawak family,berape est living cost/month?
ReplyDeleteSaya tengah servey until smbng belajar do German... Boleh say a dpt contact puam email atau sebagainya untuk pertanyaan lebih lanjut,?
ReplyDeleteHi, nak tanya course graphic designer ade tak? And how to apply? Tq
ReplyDeletesalam puan, betulkan ada free cost study di German?
ReplyDelete